IBU,
akhirnya dengan kesabaran, ketabahan dan ketekunan mu
aku telah di lahirkan selama 9 bulan engkau mengandungkan aku
di perut mu.
IBU,
engkaulah ratu hati ku tiada siapa yang dapat menggantikan mu
engkaulah cahaya hidup ku
engkaulah pemberi semangat ku
engkau lah yang sentiasa memberi aku semangat ketika aku bersedih.
IBU,
betapa mulia pengorbanan mu kepada ku
percayalah ibu aku tidak akan menghampakan harapan ibu
aku tahu ibu amat menyayangi ku
aku juga amat sayangkan ibu.
IBU,
tahu kah ibu semalam selepas berborak dengan kawan
aku menangis seorang diri kerana terlalu merindui ibu
selama ini aku tidak pernah berjauhan dengan ibu
tapi kerana cita-cita kita terpisah.
IBU,
ibu aku merindui ibu selalu
ibu maafkan kesilapan aku selama ini
mungkin ibu benar di dunia ini sukar menemukan cinta sejati
saya faham sekarang maksud ibu.
IBU,
selamat menyambut hari lahir yang ke 43 tahun
semoga ibu di panjangkan usia dan di murahkan rezeki
dan sentiasa gembira... i love u mom....
betul
ReplyDelete